Pergerakan Ringgit diperjelaskan akan terus ditentukan oleh pasaran – begitulah kenyataan Bank Negara Malaysia (BNM) berhubung penyusutan nilai mata wang negara sejak beberapa ketika ini.
BNM pada masa yang sama kekal optimis, memberi jaminan pemantauan pada pasaran kewangan secara berterusan akan dilakukan bagi memastikan struktur mata wang negara dalam tahap terkawal.
Kejatuhan Ringgit dilihat telah didorong akan perkembangan faktor luaran yang menyebabkan nilai dolar Amerika Syarikat (AS) terus mengukuh berbanding dengan hampir semua nilai mata wang.
Malah pengukuhan nilai dolar AS terus berlaku ekoran dasar monetari di AS telah diperketatkan secara agresif dan tindakan kenaikan faedah pada Rizab Persekutuan AS memberi kesan kepada negara yang berteraskan konsep ekonomi terbuka, antaranya seperti Malaysia.
Maka memahami kegusaran orang awam, BNM menjelaskan ketika ini pelbagai pengukuhan faktor asas ekonomi negara sedang dilaksanakan melalui pembaharuan struktur dan negara tidak akan melaksanakan sebarang kawalan modal atau menambat semula Ringgit.
Langkah sedemikian dilihat berupaya memberi sokongan yang berpanjangan pada nilai Ringgit Malaysia.