Artikel

Hanya 52 Syarikat Senaraian Awam Berjaya Capai 30% Penyertaan Wanita – Dalam Lembaga Pengarah

Ternyata hanya lebih dari separuh 100 syarikat senaraian awam di Bursa Malaysia yang berjaya melantik 30% penyertaan wanita dalam lembaga pengarah pentadbiran mereka – seperti yang diperuntukkan pada gesaan Bajet 2022.

Mengikut makluman Suruhanjaya Sekuriti (SC) itu, setakat September 2022 hanya 52 daripada 100 syarikat berkaitan berjaya berbuat demikian.

Seterusnya turut didapati hanya 350 syarikat (36.5%) yang tersenarai daripada jumlah keseluruhan Bursa dilihat berupaya melantik sekurang-kurangnya seorang wanita dalam lembaga pengarah mereka.

Buat pengetahuan umum mengikut pembentangan Bajet 2022 Oktober tahun lalu, kerajaan melalui Suruhanjaya Sekuriti (SC) akan mewajibkan pelantikan sekurang-kurangnya seorang pengarah wanita bagi semua syarikat senaraian awam.

Langkah tersebut akan berkuat kuasa mulai 1 September 2022 untuk syarikat bermodal besar, manakala 1 Jun 2023 pada syarikat tersenarai lain.