Indeks Harga Pengguna (IHP) yang turut menilai paras inflasi utama Malaysia ketika ini telah memaparkan berlakunyan peningkatan inflasi sekitar 4.7% bagi data Ogos 2022.
Ini lebih tinggi berbanding paras inflasi Julai 2022 iaitu 4.4%.
Tinjauan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) pada laporan hari ini (23 September) – kenaikan tersebut telah didorong hasil kenaikan Indeks Makanan yang meningkat 7.2%, kekal menjadi penyumbang utama kenaikan inflasi bulan lalu.
Tidak hanya itu, faktor kenaikan inflasi turut didorong kenaikan Makanan Di Luar Rumah yang telah naik sebanyak 8.4% manakala komponen Makanan di rumah pula meningkat 6.4%.
Meskipun begitu, terdapat juga penurunan harga makanan melibatkan kategori tertentu seperti harga ayam menurun 3.8%, diikuti ikan siakap -2.4%, dan sayuran-sayuran.
Berdasarkan pemerhatian keseluruhan setakat Januari sehingga Ogos, kadar inflasi Malaysia mencatatkan sekitar 3.1%.
Melihat pada kenaikan itu, sebagai perbandingan paras inflasi Malaysia diklasifikasikan lebih rendah berbanding Euro (9.1%), Amerika Syarikat (8.3%), Thailand (7.9%), Filipina (6.3%) dan Republik Korea (5.7%).
Peningkatan inflasi di peringkat serantau ini berlaku ekoran kenaikan kos input pengelutaran dan harga bahan api.