Artikel

Rakyat Malaysia Dijangka Perlukan Sekurang-Kurangnya RM1 Juta Dalam Simpanan Sebelum Bersara

Kelihatannya rakyat Malaysia yang ingin bersara dengan tenang dalam tempoh 20 tahun hingga 30 tahun kelak – perlu miliki sekitar RM900,000 sehingga RM1 juta dalam akaun simpanan mereka.

Mengikut perkiraan bahagian strategi Kumpulan Wang Simpanan Malaysia (KWSP) nilai ini telah diukur setelah mengambilkira faktor inflasi dan kos perubatan yang perlu ditanggung ketika hari tua.

Sementara bagi pekerja Malaysia yang ingin bersara dalam beberapa tahun mendatang pula – dinilai perlu memiliki paras ambang persaraan berjumlah RM600,000. Dan tahukah anda setakat ini hanya 4% rakyat Malaysia sahaja yang mampu bersara pada nilai tersebut.

Lebih membahayakan ketika ini KWSP mendapati sekitar 56% pencarum yang berusia 54 tahun memiliki simpanan kurang daripada RM50,000. Melalui jumlah itu, para pesara hanya mampu bertahan selama 4 tahun sahaja dengan anggaran perbelanjaan sekitar RM1,000 sebulan.

Selain itu, laporan turut memperincikan status kewangan pencarum mengikut tahap simpanan mereka ketika ini;

  • 52% pencarum KWSP memiliki kurang daripada RM10,000 di dalam akaun
  • 27% pencarum KWSP miliki kurang daripada RM1,000 di dalam akaun