Artikel

Respond.io Raih Dana Hampir RM32 Juta – Sasar Perluas Dagangan Sosial Bersama Sektor Perniagaan

Penyedia perisian dagangan sosial perbualan yang bertindak selaku medium perkhidmatan (SaaS) – Respond.io kini berjaya meraih dana berjumlah $7 juta (RM31.98 juta) pada pendanaan Siri A.

Dana yang diketuai Headline Asia bersama pelabura AltalR Capital, Smart Partnership Capital, Sterling Oak Group & Calendula Ventures ini dilihat akan merangsang agenda Respond.io untuk membawakan penerapan dagangan sosial ke atas sektor perniagaan negara.

Fungsinya dapat dilihat melalui akaun sosial media khusus yang disediakan untuk pelanggan mengikuti dan ia menyepadukan pilihan kaedah pembelian kepada pengguna sama ada pautan ke Whatsapp, Facebook Messenger dan pelbagai pilihan lain.

Setakat ini, sokongan analisis serta peralatan pemasaran Respond.io turut memberi manfaat kepada jenama besar seperti Klook, Decathlon, Abenson, Yoho, Roche, ShareChat & Bigo.

Adanya perluasan sokongan dagangan sosial ini, kelak akan meningkatkan lagi penyertaan pemain perniagaan Malaysia untuk memasarkan produk mereka dengan lebih baik. Antara tumpuan perluasan melibatkan pemain ekonomi seperti peruncit, firma perniagaan serta jenama produk.