Artikel

KPT Rancang Bangunkan Universiti Wanita

Jumlah kemasukan pelajar wanita yang terus meningkat lebihi 350,000 individu di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan lebihi 530,000 pelajar (53%) di peringkat swasta (IPTS) – secara jelas menuntut keperluan membangunkan sebuah universiti khas buat wanita. 

Perancangan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) itu tidak sekadar menampung kemasukan pelajar wanita tetapi turut ingin menaiktarafkan sektor pendidikan negara di peringkat antarabangsa. 

Ada kemudahan tersebut, ia sekaligus dapat menampung kemasukan pelajar luar negara. Buat pengetahuan Malaysia kini memiliki seramai 131,000 pelajar antarabangsa dan KPT menyasarkan sekitar 250,000 kemasukan pelajar antarabangsa secara menyeluruh akan dicapai menjelang 2025. 

Berdasarkan prestasi, mengikut Bernama – 24 buah universiti Malaysia telah menunjukkan peningkatan kedudukan, menjadikan tahun ini antara rekod yang terbaik dalam pencapaian kedudukan sektor pendidikan tinggi mengikut tahap global. 

Maka pihak KPT menyasarkan kualiti yang sama, sekiranya perancangan pembangunan universiti khas wanita ini dapat direalisasikan.