Artikel

Jepun Kecualikan Syarat Visa Buat Pelancong Asing – Mulai 11 Oktober Ini

Jepun kini mengumumkan pengecualian syarat visa ke atas pelawat serta pelancong asing dan membenarkan kemasukan harian tanpa had bermula 11 Oktober kelak.

Pelaksanaan tersebut telah dikuat kuasakan oleh Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida.

Inisiatif tersebut dilihat sebahagian daripada usaha Jepun melonggarkan kawalan sempadan yang sebelum ini diperketatkan ekoran penularan wabak COVID-19.

Adanya pengetepian keperluan itu, ia secara langsung membenarkan para pelancong dan pelawat asing yang melancong ke Jepun secara bersendirian tanpa tempahan visa bersama agensi perlancongan.

Oleh itu bagi rakyat Malaysia yang berhasrat melancong ke Jepun dinasihatkan untuk merancang perjalanan anda dan mengetahui keperluan garis panduan semasa sebagai langkah persediaan.