Artikel

ASNB, Jewel Digital Ventures Laksana Hackathon Maya Pertama – Sasar Pacu Arena FinTech

Menyedari potensi landskap FinTech (teknologi kewangan) di Malaysia semakin berkembang, Jewel Digital Ventures (JDV) iaitu anak syarikat PNB bersama Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) kini laksana kerjasama melancarkan acara hackhton maya pertama.

Penampilan acara Hack-A-Tech 2022 yang akan berlangsung pada 14 Oktober sehingga 16 Oktober kelak akan memperlihatkan pelbagai penyertaan bakat inovasi serta pembangunan perisian teknologi kewangan berhimpun.

Melalui program ini, terdapat 2 kategori disediakan merujuk kepada pertama – kategori Terbuka dengan penyertaaan para pembangun, pereka produk, peserta kali pertama, pelajar universiti yang akan membentangkan penambahbaikan fungsi , ciri digital serta penawaran produk baharu.

Diikuti kedua pula adalah kategori Lanjutan – terbuka kepada startup yang berminat untuk mencipta produk serta perkhidmatan baharu. Berdasarkan kriteria, para peserta dibenarkan mengambil bahagian secara individu atau berkumpulan sehingga 3 orang ahli.

Adanya acara ini ia tidak sekadar menghasilkan idea inovasi baharu dalam perkhidmatan FinTech tetapi turut memberi pendedahan kepada JDV dan ASNB akan keperluan semasa mengikut kelebihan teknologi pada masa ini.

Menerusi acara tersebut, para peserta berpeluang memenangi hadiah keseluruhan sehingga RM391,000. Bagi 3 pasukan teratas untuk kategori Terbuka akan menerima ganjaran bernilai RM10,000, RM5,000 dan RM3,000. Sementara 3 pasukan teratas dalam kategori Lanjutan pula akan berpeluang menerima geran sehingga RM100,000 bagi setiap pasukan sebagai langkah pengembangan produk yang dibentangkan.

Hack-A-Tech 2022 disokong oleh Fintech Association of Malaysia (FAOM), Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC), Microsoft dan UNIRAZAK akan membantu syarikat pemula niaga menerusi khidmat nasihat, teknikal dan peralatan produktiviti sokongan. Penyertaan hackathon maya adalah percuma dan boleh didaftar secara dalam talian sehingga 1 Oktober 2022.