Artikel

Setelah 7 Tahun, HappyFresh Kini Tutup Operasi – Di Malaysia

Setelah 7 tahun beroperasi bersama kapasiti tenaga kerja seramai 850 petugas – HappyFresh penyedia runcit negara kini mengumumkan menutup operasinya, berkuat kuasa serta-merta.

Keputusan ini diambil susulan situasi persekitaran ekonomi semasa yang telah memberi tekanan kepada pengurusan jenama.

Sehubungan itu, HappyFresh pada kenyataan rasminya hari ini (22 September) memohon maaf dan berterima kasih kepada semua pengguna akan sokongan mereka pada perkhidmatan dalam tempoh tersebut.