Meskipun menegaskan struktur ekonomi Malaysia tidak gagal, Tengku Zafrul – Menteri Kewangan negara kekal akui Malaysia tidak akan terlepas daripada jangkaan berdepan cabaran kelembapan ekonomi global pada tahun 2023 kelak.
Menurutnya kesan ini diramalkan berlaku ke atas pemacu utama ekonomi dunia iaitu rakan dagangan seperti pasaran Eropah, China dan Amerika Syarikat (AS) di mana tercetusnya kelembapan ekonomi akan mengakibatkan perkembangan pertumbuhan pasaran tersebut menjadi lebih perlahan. Seterusnya memberi kesan kepada Malaysia selaku negara berteraskan ekonomi terbuka.
Maka Malaysia perlu bersedia untuk mengurangkan kesan risiko tersebut – di mana Kementerian Kewangan (MOF) melalui Bajet 2023 akan mengfokuskan kepada dana pemulihan ke atas sektor perniagaan, penyelesaian kesan perubahan iklim dan inisiatif meningkatkan status tunai penduduk negara.
Untuk makluman, ramalan kesan ini tidak hanya menjejaskan Malaysia, bahkan merangkumi seluruh dunia.