Artikel

Langkawi Optimis Capai 2.5 Juta Jumlah Kemasukan Pelancong – Menjelang Akhir Tahun Ini

Walaupun terdapat kebimbangan berhubung kos perbelanjaan yang tinggi ke pusat peranginan tempatan, Langkawi sejak pembukaan semula pada April lalu kekal menjadi destinasi pilihan para pelancong.

Apabila berjaya meraih peningkatan jumlah kemasukan pelancong – dengan merekodkan lebih 200,000 kemasukan pelancong sebulan pada baru-baru ini.

LADA – Lembaga Pembangunan Langkawi pada kenyataan bersama Rnggt minggu ini, menjelaskan prestasi yang semakin memulih dijangka dapat merealisasikan matlamat Langkawi untuk mencapai sasaran kemasukan 2.5 juta pelancong menjelang akhir tahun 2022 ini. Malah kemasukan tersebut turut didorong akan prestasi yang baik pada tahap penginapan di sektor perhotelan Langkawi. Setakat ini kadar penghunian hotel secara purata di paras 76%.

Sementara itu, berhubung isu pengangkutan pula LADA akui terdapat ketirisan perkhidmatan pada ketersediaan pelancong. Maka bersama kerjasama pihak berkuasa Jabatan Laut Malaysia, LADA menyasarkan kekerapan feri pergi dan balik pulau akan dipertingkatkan – sekurang-kurangnya 4 perjalanan sehari dari Kuala Kedah dan dari Kuala Perlis mengikut jadual tetap dari 7 pagi hingga 7 malam.

Melalui usaha peningkatan kualiti feri ini, ia berupaya menarik lebih ramai kemasukan pelancong ke Langkawi.