Artikel

Ringgit Kekalkan Aliran Menyusut, Dibuka Rendah Berbanding Dolar AS

Berikutan penurunan harga minyak dunia dan pengumuman kenaikan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS) pada ketika ini – secara jelas ia terus mempengaruhi nilai Ringgit, apabila dibuka rendah dan mengekalkan tren kejatuhannya.

Pada jam 9.00 pagi, mengikut laporan Bernama nilai Ringgit telah jatuh kepada 4.5665/5700 berbanding dolar AS daripada 4.5520/5550 ketika ditutup semalam. Situasi ini telah disokong apabila penanda aras harga minyak tealh merosot setelah kadar faedah Fed alami kenaikan 75 mata asas (bps) kepada 3.25%.

Ini paras tertinggi sejak 2008.

Selanjutnya, Ringgit telah didagang lebih tinggi berbanding kumpulan mata wang utam lain – berbanding Yen Jepun kepada 3.1622/1650, dan Dolar Singapura kepada 3.2168/2197.