Artikel

Apple Mungkin Pindahkan 25% Pengeluaran iPhone Ke India – Mulai 2025

Terdapat potensi bahawa jenama Apple akan memindahkan pengeluaran 25% iPhone di India, menjelang 2025.

Jangkaan itu mengikut analisis khidmat kewangan dunia, JP Morgan – ia berupaya berlaku susulan India selaku pasaran telefon pintar kedua terbesar selepas China. Di mana sekitar 5% peralihan pengeluaran iPhone 14 bakal berlaku, diikuti pengeluaran produk Mac, iPad, Apple Watch dan AirPods.

Seperti yang umum ketahui, kesemua produk tersebut akan dikilangkan di luar China bermula tahun 2025.

Peralihan tersebut mengikut laporan Reuters disasarkan akan menjadikan vendor Taiwan iaitu Hon Hai dan Pegatron selaku peranan penting dalam penempatan semula pengeluaran produk ke India.

Selain India, Vietnam juga bakal menjadi pilihan pengeluaran dengan penghasilan 20% iPad dan Apple Watch.