Artikel

Khazanah Nasional Tinjau Pelaburan Baharu Di Asia Tenggara, India

Untuk terus mengukuhkan portfolio pelaburan, Khazanah Nasional kini mula menumpukan penerokaan pada peluang pelaburan strategik di rantau Asia Tenggara dan India.

Kedua pasaran ini dilihat berpotensi menjadi destinasi pelaburan yang baik untuk mengembangkan jejak Khazanah Nasional di persada.

Perkongsian pada forum MIDF Conversations secara maya itu memperincikan usaha tersebut sebahagian daripada sasaran kumpulan untuk membina daya tahan kewangan, di samping melihat kepelbagaian pelaburan pada peringkat dunia berupaya mengimbangi risiko kumpulan sekiranya berlaku ketidaktentuan ekonomi.

Meskipun bersedia ke arah perluasan, Khazanah Nasional kekal utuh memperkasakan pelaburannya ke atas sektor ekonomi Malaysia.