Artikel

Jemaah Menteri Setuju Bawa Masuk 10,000 Pekerja Asing Sri Lanka

Bagi mengisi kekosongan pekerjaan dalam sektor ekonomi negara, jemaah Menteri Malaysia telah mencapai persetujuan untuk membawa masuk 10,000 pekerja asing dari Sri Lanka.

Keputusan yang dicapai pada 14 September lalu ini, dilihat tidak hanya membantu pertumbuhan negara tetapi turut membantu Sri Lanka yang kini sedang berdepan krisis ekonomi dunia.

Susulan itu, pentadbiran negara melalui Kementerian Sumber Manusia (KSM) menyeru sokongan daripada warga majikan akan kemasukan tenaga baru itu. Melalui kemasukan ini, disasarkan isu ketirisan tenaga kerja khususnya dalam sektor perkhidmatan dapat ditampung kembali dan membantu majikan merancakkan semula aktiviti perniagaan mereka.