Artikel

StoreHub Meraih Dana RM60.7 Juta – Akan Digunakan Dalam Terus Mengautomasi Dan Membantu PKS

StoreHub merupakan salah satu penyedia platform seperti sistem POS, selain membantu peruncit dan pemilik restoran dalam mengautomasikan perniagaan. Terbaru, mereka telah meraih suntikan dana sebanyak RM60.7 juta, dalam pusingan pendanaan prasiri B.

Pelaburan ini diterajui oleh 500 Global, dan turut diterima beberapa pelabur lain.

StoreHub sebelum ini telah dimulakan pada 2013 yang leoas, dan sehingga hari ini, sekitar 15,000 peruncit menggunakannya. StoreHub turut menawarkan sejumlah penawaran lain, termasuk tempahan untuk QR, selain turut menawarkan khidmat penghantaran makanan sebelum ini.

Dalam tempoh 12 bulan terakhir ini sahaja, StoreHub telah memproses lebih 128 juta transaksi dengan nilai melangkaui RM7.2 bilion.