Artikel

Maybank Ingin Menguji Kesan Perubahan Iklim Ke Atas Prestasi Operasi

Maybank kini dalam perancangan untuk melaksanakan ujian rintis berhubung tekanan cuaca pada ketika ini.

Usaha tersebut mengikut laporan bertujuan untuk memahami kesan prestasi perniagaan yang akan dipengaruhi oleh perubahan iklim. Ia secara langsung memerlukan strategi selanjutnya pada operasi kumpulan.

Setakat ini, pihaknya telah meneroka beberapa peralatan ujian tekanan iklim ESG – persekitaran, sosial dan tadbir urus untuk membantu langkah analisis ke atas perniagaan.