Artikel

Penjaja, Peniaga Di KL – Digesa Mohon Lesen Sebelum 31 Disember Ini

Para peniaga dan penjaja di Kuala Lumpur yang berkaitan kini digesa untuk memohon lesen perniagaan daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sebelum 31 Disember ini.

Langkah gesaan itu sebagai peringatan, sebelum sebarang tindakan penguatkuasaan dijalankan oleh pihak berkuasa bermula 1 Januari 2023 kelak.

Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) memaklumkan mulai tahun hadapan, tindakan pemutihan lesen perniagaan akan dilaksanakan, maka tiada sebarang budi bicara dilakukan jika didapati peniaga gagal memiliki lesen yang disarankan.

Selain itu, KWP turut mengingatkan para peniaga yang telah memiliki lesen sah untuk terus patuh akan syarat perlesenan – kegagalan berbuat demikian berupaya membawa kepada pembatalan lesen perniagaan mereka.