Artikel

Pos Malaysia Laksana Sistem Bayaran Pelepasan Kastam Secara Atas Talian – Bersama Sokongan KiplePay

Menyedari kepentingan kemudahan berteraskan secara atas talian, Pos Malaysia bersama KiplePay kini membenarkan para pelanggan melengkapkan bayaran pelepasan kastam mereka secara digital.

Di mana melalui saluran chatbot baharu Pos Malaysia iaitu AskPos – pelanggan boleh melaksanakan pembayaran yuran pelepasan dan cukai mereka secara atas talian dengan sokongan KiplePay.

Langkah ini secara lansung dapat memberi penjimatan masa kepada pelanggan, dengan jaminan masa pemprosesan pelepasan kastam sesingkat 3 hari. Bersama KiplePay, para pelanggan ditawarkan pilihan pembayaran secara kredit kad mahupun penggunaan dompet digital.

Setakat ini, usaha digital Pos Malaysia bagi fasa pertama sistem pelepasan kastam telah dilaksanakan sejak 1 September lalu bagi Semenanjung, kelak usaha ini akan diperluaskan kepada pelanggan di Sabah dan Sarawak dijangka pada akhir tahun 2022.