Artikel

Agong Tingkatkan Pegangan – Kini Miliki 12.4% Kepentingan Pada Citaglobal

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah kini dimaklumkan menambah pegangannya pada Citaglobal Bhd dengan meraih kepentingan sebanyak 12.4%.

Peningkatan kepentingan daripada 9.0% pada syarikat yang diperbadankan atas Weng Zheng Resources Bhd ini ini mengikut makluman Bursa Malaysia telah memperlihatkan jumlah pegangan langsung sebanyak 132,118,593 unit saham diraih Agong.

Buat pengetahuan umum, Citaglobal ialah syarikat senaraian awam yang terlibat dalam skop industri kejuruteraan sivil, pembinaan, minyak dan gas (O&G) serta pembuatan. Ia memiliki operasi utama lain merangkumi Citaglobal Land, Sinergi Dayang, Citaglobal Energy dan WZS Industries.

Berdasarkan sasaran, firma ini bermatlamat untuk tampil selaku konglomerat pada sektor pengurusan kemudahan, tenaga, infrasturktur, telekomunikasi dan teknologi.