Artikel

Eksport Malaysia Kini Lepasi RM1 Trilion – Bagi Tempoh 8 Bulan

Dalam tempoh 8 bulan setakat Ogos 2022, prestasi eksport Malaysia kini memperlihatkan perkembangan positif sekitar 30.3% kepada RM1.014 trilion.

Lonjakan ini berdasarkan pasaran telah disumbangkan oleh peningkatan eksport barangan elektrik dan elektronik (E&E), keluaran petroleum, minyak sawit dan keluaran pertanian berasaskan minyak sawit, gas asli cecair (LNG) serta barangan optik, sainstifik.

Sementara prestasi bagi dagangan utama bersama pasaran luar negara pula memaparkan peningkatan pertumbuhan eksport dua angka bersama ASEAN, China, Amerika Syarikat (AS), Jepun dan Kesatuan Eropah (EU).

Manakala bagi aliran import pula turut memperlihatkan peningkatan 67.6% kepada RM124.41 bilion dan lebihan dagangan pula berkurang 19.9% kepada RM16.92 bilion bagi tempoh 13 bulan. Aliran tersebut sekaligus meningkatkan prestasi perdagangan negara 56.7% kepada RM265.74 bilion berbanding data tahun lalu.

Pencapaian ini sekiranya diperkasakan akan terus meningkatkan sektor ekonomi Malaysia dari semasa ke semasa dan membantu memperkasakan nilai dagangan negara di pasaran global.