Artikel

SC Terima Hampir 2,000 Aduan Melibatkan Penipuan Pelaburan, Aktiviti Tidak Berlesen

Sepanjang 2 tahun pandemik COVID-19, kadar aduan dan pertanyaan melibatkan penipuan pelaburan serta aktiviti yang tidak berlesen kini semakin meningkat.

Maklum-balas yang diterima Suruhanjaya Sekuriti (SC) ini memperlihatkan tahun 2021, sekitar 1,857 aduan dan 2,193 pertanyaan berkaitan isu tersebut telah diterima pihak mereka. Diikuti pada data 2020 pula sebanyak 1,482 aduan dan 3,464 pertanyaan telah diterima.

Peningkatan ini didorong penyertaan orang awam pada platform media sosial dan berikutan berada dalam kawalan sekatan – SC melihat pada tempoh tersebut ramai pihak alami kemerosotan wang menyebabkan mereka kehadapan, mengemukakan aduan.

Menyedari ketirisan pengetahuan berhubung pelaburan – SC kini tampil dengan siri pendidikan kewangan melalui InvestSmart. Usaha ini bertujuan mendidik orang awam akan literasi kewangan sebenar di samping turut menyasarkan penyertaan pelajar sekolah pada siri bengkel tersebut.

Untuk memastikan orang awam tidak terlibat pada situasi yang sama, SC menyarankan orang awam untuk kekal menyemak pada Senarai Makluman Pelabur SC – bagi mengenalpasti entiti yang tidak memiliki lesen yang sah di pasaran Malaysia.