Semua Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) bagi syarikat berkaitan kerajaan (GLC), syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) dan ahli badan kehakiman kini dikehendaki mengisytiharkan aset harta mereka kepada Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM).
Kenyataan Perdana Menteri Ismail Sabri itu dicapai setelah perbincangan dilakukan pada mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Anti-Rasuah hari ini (19 September).
Langkah pengisytiharan ini adalah sebahagian daripada pendekatan pentadbiran Malaysia untuk mengekalkan integriti serta kreadibiliti dalam kalangan petugas awam berkaitan kerajaan.
Tidak hanya itu antara keputusan lain yang turut dicapai mesyuarat adalah meminda Akta Audit 1957 bagi memperkukuh profesionalisme dan menjamin kebebasan peranan ketua audit negara.
Seterusnya satu kod etika baharu turut akan diperkenalkan untuk Ahli Parlimen dalam Akta 347 dengan mengambil kira pengekalan prinsip pengasingan kuasa antara badan eksekutif dan legislatif.