Artikel

AirAsia Kini Tawar Jualan 5 Juta Tempat Duduk Percuma – Sehingga 25 September Ini

Setelah beroperasi selama 21 tahun, AirAsia bagi menghargai lebih 700 juta penumpang yang telah menerima perkhidmatan mereka – kini menawarkan jualan 5,000,000 tempat duduk percuma buat para pelanggan.

Jualan mega tempahan penerbangan itu akan bermula hari ini (19 September) sehingga 25 September kelak, di mana tempahan boleh dilaksanakan untuk tempoh perjalanan bermula 1 Januari sehingga 28 Oktober 2023. Melalui penawaran ini, terdapat pelbagai destinasi disertakan antaranya untuk domestik dan Asean melibatkan lokasi ke Langkawi, Pulau Pinang, Johor Bahru, Krabi, Phu Quoc dan Singapura.

Mengikut penawaran nilai tambang bagi laluan domestik akan bermula daripada RM23, manakala nilai tambang untuk laluan ASEAN pula bermula daripada RM54 sahaja.

Sementara itu, perjalanan antarabangsa pula turut tersedia penawaran ke negara Korea Selatan, (Seoul), Australia (Melbourne, Sydney, Perth, Auckland), dan India (New Delhi). Langkah jualan ini akan memperlihatkan pelanggan menikmati nilai tambang bagi perjalanan antarabangsa sehala daripada RM499 untuk kelas ekonomi dan daripada RM1,499 untuk kelas Premium Flatbed.

Lebih menarik nilai tambang yang ditawarkan pada kempen ini merangkumi seluruh caj termasuklah cukai lapangan terbang, caj MAVCOM, surcaj bahan api dan caj tambahan lain.

Maka bagi mengetahui langkah lanjut, promosi tempat duduk percuma ini – para pengguna boleh layari pada aplikasi Super App atau laman rasmi AirAsia untuk perincian seterusnya.