Artikel

Shopee Kini Memberhentikan 3% Pekerja Di Indonesia – Sasar Fokus Kecekapan Operasi

Shopee, penyedia teknologi di rantau Asia kini memberhentikan sejumlah pekerja bagi pangkalan di Indonesia.

Langkah itu menurut laporan adalah sebahagian daripada langkah meningkatkan kecekapan operasi setelah melaksanakan beberapa perubahan pada kerjasama perniagaan.

Malah Shopee Indonesia turut menjelaskan, ketidakseimbangan ekonomi telah menuntut operasi mereka mengutamakan keupayaan syarikat, bagi mereka ini suatu tindakan yang sukar.

Meskipun tidak memperincikan segmen pekerja yang terkesan – Shopee Indonesia telah menyediakan jumlah pampasan kepada petugas yang terlibat dan memberi jaminan kumpulan tersebut masih boleh menikmati kemudahan insurans kesihatan sehingga akhir tahun ini, walaupun telah ditamatkan tugas.