Artikel

Joe Biden Isytihar Pandemik COVID-19 Di AS – Telah Berakhir

Amerika Syarikat (AS) kini mengisyitharkan pandemik COVID-19 di negara itu telahpun berakhir.

Kenyataan melalui wawacara 60 Minutes bersama Presiden AS Joe Biden itu memperincikan penduduk di AS tidak lagi memakai pelitup muka dan kebanyak peraturan kesihatan telahpun dimansuhkan.

Perubahan situasi ini secara langsung bakal memberi kelebihan kepada aktiviti perdagangan dan ekonomi dunia untuk lebih terbuka. AS bagaimanapun akan terus mengekalkan usaha mereka menangani kesan kes COVID-19 dari semasa ke semasa dan kekal memperuntukan dana bilion dolar ke atas program saringan serta vaksinasi bagi kebajikan orang awam.