Ternyata para pelancong tempatan lebih memilih untuk kunjungi destinasi negara jiran, apabila dianggarkan 60% penduduk negara melancong ke Thailand berbanding lokasi peranginan tempatan.
Mengikut pemerhatian Persatuan Pelancongan Langkawi (LTA), destinasi peranginan tersebut kini berdepan penyusutan kedatangan pelancong, khususnya pelancong domestik.
Apabila merundum sehingga 48.9% bagi tempoh cuti sempena Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia minggu lalu. Perbandingan ini dijalankan mengikut data antara 2019 dan 2022.
Berdasarkan laporan juga, pelancongan Langkawi berdepan kerugian sekitar RM5.7 juta hasil penyusutan pelancong domestik tersebut. Penurunan kedatangan pelancong secara tidak langsung memberi kesan kepada ekonomi pelancongan setempat.
Di mana aktiviti penginapan juga turut alami kemerosotan dengan penurunan 45% pada kadar tempahan di perhotelan Langkawi.
Meskipun khuatir akan penyusutan sedemikian, pihak pelancongan Langkawi tidak menolak kemungkinan bahawa penurunan ini didorong atas masalah ekonomi semasa – merangkumi isu promosi, pengangkutan feri, tekanan peningkatan kos serta kejatuhan nilai ringgit.