Pada sesi pembukaan dagangan hari ini (19 September) Ringgit dilihat meneruskan aliran penurunannya – apabila dibuka dengan nilai menyusut kepada 4.5350/5405 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) daripada penutupan minggu lalu iaitu 4.5340/5365.
Mengikut penganalisis Kenanga Research, pelabur kini terus mengekalkan sikap berhati-hati akan pasaran semasa sambil meninjau rapat dasar monetari Rizab Persekutuan (Fed) AS yang dijangka bakal alami peningkatan kadar faedah pada akhir minggu ini.
Pada masa yang sama pelabur juga turut menanti paras kadar inflasi Malaysia bakal diterbitkan pada minggu ini. Sentimen sedemikian bakal menterjemahkan pengukuhan nilai Ringgit pada pasaran semasa kelak.