Artikel

Selangor Bakal Bina Rumah Khusus – Buat Golongan Bujang, Pasangan Baru Berkahwin

Pentadbiran Selangor kini dalam perancangan untuk membina kediaman dengan kapasiti 2 bilik – khusus buat golongan bujang dan pasangan yang baru berkahwin.

Inisiatif ini bertujuan untuk menjamin kualiti kehidupan kumpulan berkaitan dapat terus dipelihara akan kesan tekanan kos semasa. Berdasarkan laporan, pelaksanaan ini akan dikendalikan sepenuhnya oleh kerajaan negeri untuk memastikan golongan yang layak sahaja memiliki kelebihan tersebut.

Mengikut perancangan, pembinaan unit rumah tersebut dicadangkan pada kawasan Petaling Jaya, Subang Jaya, Ampang dan Shah Alam.