Artikel

Bayaran BKM Fasa 3, Rayuan BKM – Akan Dikreditkan Mulai 20 September Ini

Bermula 20 September sehingga 27 September kelak, bayaran Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) bagi Fasa 3 serta Rayuan BKM akan dikreditkan secara berperingkat pada tempoh yang ditetapkan ke akaun pengguna.

Peruntukan agihan berjumlah RM2.2 bilion ini, dijangka berupaya memanfaatkan seramai 8.7 juta penerima di negara – merangkumi isi rumah, warga emas dan kelompok bujang.

Mengikut penjadualan, setiap penerima BKM sedia ada akan menerima agihan tunai sehingga RM900, kelak pada pembayaran BKM Fasa 4 pula dijangka terdapat peruntukan RM2.1 bilion akan diagihakan kepada kumpulan yang layak pada Disember 2022.

Sementara setakat Jun lalu, lebih 80,000 penerima rayuan BKM juga telah dilaporkan lulus dan akan menerima sehingga RM2,350 mengikut kelayakan pendapatan masing-masing.

Melalui dana ini, pentadbiran Malaysia melihat ia antara langkah membantu meningkatkan aliran perbelanjaan pengguna di samping meringankan bebanan semasa. Sebarang maklumat lanjut berhubung bantuan, orang awam boleh layari pautan LHDN BKM 2022 untuk tindakan seterusnya.