Artikel

Maybank Hanya Sokong Pengaktifan Secure2U Melalui Aplikasi MAE Sahaja Bermula 1 Oktober, Tiada Lagi Melalui M2U MY

Maybank kini memaklumkan para pengguna yang mana pengaktifan Secure2U hanya akan boleh dilakukan melalui aplikasi MAE bermula 1 Oktober 2022.

Sokongan ini akan dipindahkan sepenuhnya secara tetap daripada aplikasi MAE ke M2U MY selepas tarikh tersebut. Maybank mengatakan langkah ini adalah dalam usaha memperketatkan lagi sekuriti perbankan atas-talian Maybank.

Disamping itu, bermula 8 Oktober 2022 kelak, aplikasi MAE akan menawarkan tempoh pengaktifan 12 jam apabila anda mengaktifkan Secure2U pada peranti yang lain.

Secure2U merupakan ciri yang menggantikan SMS TAC, dimana pengguna perlu mengaktifkan ciri tersebut pada sesuatu peranti, dan menggunakannya dalam melakukan pengesahan.

Maybank turut menekankan pengguna Secure2U pada aplikasi M2U MY yang telah diaktifkan, masih boleh menggunakannya dalam melakukan pengesahan transaksi seperti biasa. Perubahan ini hanya untuk pengaktifan Secure2U baharu sahaja.