Artikel

Mesir Akan Naikkan 15% Kadar Tol Terusan Suez – Pada 2023

Menjelang tahun 2023, Mesir bakal meningkatkan kadar tol transit Terusan Suez sebanyak 15% bagi semua jenis kapal, sementara 10% pula bagi kapal pukal kering dan kapal persiaran.

Makluman Penguasa Terusan Suez (SCA) pada 17 September ini memperincikan kenaikan harga tenaga, diikuti tekanan inflasi yang membebankan kos operasi bersama kos pelayaran dan kadar sewa tinggi telah menuntut kenaikan paras tol – pada terusan penting yang menghubungkan Laut Mediterranean ke Laut Merah.

Pelarasan kadar tol ini dilaporkan akan terus mengalami perubahan mengikut tekanan pasaran maritim dari semasa ke semasa. Dengan kenaikan tol ini SCA menjangkakan kecekapan laluan akan terus terjamin.