Artikel

Lebuhraya SUKE Fasa 1 Dibuka Bermula Esok, Tol Percuma Sebulan

Kerajaan kini mengumumkan Lebuhraya SUKE fasa pertama akan dibuka untuk diakses oleh para pengguna jalan raya bermula tengah hari, 16 September 2022. Lebuhraya SUKE ini menghubungkan Sri Petaling ke Jalan Hulu Kelang, dan adalah sepanjang 24.4 kilometer.

Lebuhraya ini akan mempunyai sebanyak 14 persimpangan, iaitu Sri Petaling, Sungai Besi, Alam Damai, Cheras-Kajang, Cheras-Hartamas, Bukit Teratai, Tasik Tambahan, Permai, Kosas, Pekan Ampang, Ampang Point, Ulu Kelang, Taman Hillview, Bukit Antarabangsa.

Ia disasar untuk mengurangkan kesesakkan trafik sepanjang MRR2 sebanyak 30 peratus, di Jalan Ampang sebanyak 36 peratus, dan di Jalan Loke Yew sebanyak 12 peratus.

Lebuhraya ini dijangka selesai sepenuhnya pembinaan pada awal 2023 kelak, dengan berbaki pembinaan melibatkan Plaza Tol Alam Damat, dan tiga lagi persimpangan lain.