Artikel

Pandai, Aplikasi Pembelajaran Malaysia – Kini Perluaskan Operasi Ke Brunei

Pandai, aplikasi pembelajaran Malaysia yang mengfokuskan kepada penambah-baikan prestasi para pelajar melalui kaedah latihan yang menyeronokkan kini mula mengembangkan operasi mereka ke sektor pendidikan di Brunei.

Hasil aturan bersama penyedia pendidikan Brunei, Teachmeguru – aplikasi Pandai kini mula menawarkan akses percuma kepada semua pelajar sekolah rendah di sana.

Melalui kesepakatan itu, Teachmeguru akan menyokong Pandai mendorong penyertaan para pelajar dan menyesuaikan kandungan pembelajaran mengikut piawaian pelajar Brunei.

Buat pengetahuan umum, Pandai telah menerima pengiktirafan dari EAF -Education Alliance Finland iaitu sebuah badan penilai teknologi pendidikan yang mengukur keberkesanan kaedah pendidikan yang ditawarkan. Melalui pengiktirafan itu, ia membawa cerminan prinsip Pandai dalam membawa nilai dan kualiti pendidikan yang sama buat pelajar antarabangsa sepertimana ditawarkan kepada pelajar Malaysia.

Berdasarkan perkongsian, akses percuma yang disediakan Pandai ini merangkumi mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan subjek Melayu Islam Beraja.

Pada perkembangan semasa, Pandai pada Januari lalu telah meraih suntikan dana berjumlah $2 juta daripada YC Combinator bersama 500 Global. Menerusi pelaburan tersebut ini akan membantu Pandai meningkatkan pembangunan aplikasinya bersama perkhidmatan pembelajaran buat para pelajar.

Pandai