Artikel

Permintaan Minyak Sawit Malaysia Semakin Tinggi – Kini Tembusi Pasaran Baharu

Pasaran sawit negara terus meluaskan jejak penawarannya, apabila meraih beberapa permintaan di pasaran baharu. Melibatkan aliran eksport komoditi ke Estonia, Republik Czech dan Hungary dalam beberapa bulan kebelakangan ini.

Penembusan ke pasaran baharu itu telah membawa kepada nilai permintaan sebanyak RM27.83 juta dengan Estonia mengimport 2,501 tan minyak sawit (RM20.22 juta), Republik Czech import 95 tan (RM0.88 juta) dan Hungary import sekitar 853 tan (RM6.73 juta).

Meskipun jumlah import ini masih lagi sederhana tidak sebagaimana permintaan dari India dan Turkiye – namun permintaan tersebut kekal menggalakkan dari pasaran baharu.

Bagi langkah lanjut, Malaysia akan terus menggandakan usaha perluasan produk sawit pada pasaran utama di India, China, Pakistan, EU, serta laksana promosi lebih agresif di pasaran baru Afrika dan Asia Tengah.