Artikel

Malaysia Tidak Perlukan Pinjaman IMF, Ekonomi Kekal Baik – Tengku Zafrul

Prospek pertumbuhan ekonomi Malaysia ketika ini kekal dalam persekitaran baik dan terus memiliki potensi perkembangan.

Kenyataan optimis Menteri Kewangan Tengku Zafrul itu sekaligus menafikan keperluan negara pada pinjaman Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF). Menurutnya Malaysia tidak berdepan risiko muflis sehingga memerlukan tindakan bantuan sedemikian. Malah ekonomi asas negara dijangka terus kukuh pada suku ketiga tahun ini.

Jangkaan tersebut selari dengan sasaran firma kredit antarabangsa S&P Global Ratings yang meletakkan persekitaran ekonomi Malaysia akan terus mengukuh dan memulih.

Setakat ini prestasi ekonomi Malaysia telah meningkat 33.1% sepanjang 8 bulan pertama dan disusuli dengan data akhir Jun 2022 pula paras hutang statutori negara adalah sekitar 60%, kadar ini lebih rendah berbanding had yang ditetapkan negara iaitu 65%. Malah aliran positif ini turut disokong dengan kadar pengangguran yang semakin melandai selama 12 bulan berturutan.