Artikel

UOB Terima Kebenaran – Ambil Alih Perniagaan Perbankan Pengguna Citi Di Malaysia

UOB, United Overseas Bank Malaysia pada makluman hari ini (14 September) telah meraih kelulusan kawal selia daripada Bank Negara Malaysia (BNM) untuk tujuan mengambil-alih perniagaan perbankan pengguna Citibank di Malaysia.

Perolehan kebenaran ini selanjutnya menuntut kedua pihak untuk memohon Perintah Letak Hak daripada Mahkamah Tinggi Malaya bagi memindahkan aset dan liabiliti perbankan pengguna Citi kepada UOB Malaysia.

Mengikut jangkaan peralihan ini disasar dapat diselesaikan pada suku keempat 2022 kelak.

Buat pengetahuan umum, makluman pengambilalihan ini telah dilaksanakan pada 14 Januari lalu – di mana UOB tidak hanya tertumpu kepada peralihan aset di Malaysia sahaja tetapi turut merangkumi pengambilalihan di Indonesia, Thailand dan Vietnam.

Pada penjelasan lanjut, UOB memperincikan peralihan akan membawa kepada pemindahan semua perniagaan perbankan runcit dan kad kredit pengguna Citi Malaysia ke UOB Malaysia. Semua kakitangan perbankan pengguna Citi Malaysia yang berkaitan dan juga kakitangan sokongannya juga dijangka akan berpindah ke UOB Malaysia.