Artikel

Johor Miliki Lebih 6,000 Unit Rumah Siap Tidak Terjual – Bagi Separuh Pertama 2022

Bagi 6 bulan pertama tahun 2022, didapati terdapat lebih 34,000 unit kediaman yang siap tidak terjual, telah direkodkan.

Nilai kediaman yang telah siap dibina sekitar RM21.7 bilion itu memperlihatkan Johor kekal dengan bilangan unit rumah siap namun tidak terjual paling tinggi. Menurut Timbalan Menteri Kewangan I Shahar Abdullah pada sidang Laporan Pasaran Harta Separuh Pertama 2022, lebih 6,000 unit rumah siap tidak terjual dicatatkan oleh Johor.

Unit tersebut membawa nilai berjumlah RM4.7 bilion.

Menerusi jumlah tersebut ini akan meningkatkan lagi jumlah unit rumah yang tidak diduduki di Johor. Setakat Oktober 2021, sebanyak 70,000 unit rumah di Johor direkodkan tidak terjual, ditinggalkan sepenuhnya oleh pemilik dan kemungkinan dijual namun tidak diduduki didapati telah terbiar.

Berdasarkan situasi tersebut kerajaan negeri merancang melaksanakan program penyewaan untuk menampung kembali pembaziran kediaman tersebut.