Artikel

MX Global, CyberSecurity Malaysia Bentuk Rangka Kerja Umum – Kaji Langkah Keselamatan Kriptowang

Untuk terus mengukuhkan pasaran kriptowang dan aset digital (DAX), penelitian pada langkah keselamatannya wajar dilaksanakan.

Memahami peranan tersebut, MX Global bersama CyberSecurity Malaysia kini telah memeterai perjanjian persefahaman bagi mewujudkan rangka kerja umum secara bersama, pada skop teknologi disebalik kriptowang dan aset digital.

MX Global selaku antara pengendali pasaran yang diiktiraf Bursa Aset Digital di bawah pengesahan Suruhanjaya Sekuriti (SC)  – melihat kesepakatan tersebut akan melibatkan perkongsian dalam R&D bersama sokongan program berkaitan keselamatan siber.

Langkah tersebut penting untuk kedua pihak perluaskan, susulan jenayah berkaitan aset digital ini semakin meningkat di negara dan pendedahan pengetahuan harus diketengahkan kepada pengguna Malaysia.

Berdasarkan kerjasama, persefahaman ini akan sah selama 2 tahun dan akan dikelola oleh Jabatan Kriptowang Cybersecurity Malaysia.