Ringgit terus mengulangi nasib yang sama, seperti 7 September lalu apabila pada hari ini (14 September) telah kembali menyusut ke paras terendah baharu berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) sejak krisis kewangan Asia pada tahun 1998.
Mengikut laporan, pada jam 9.05 pagi Ringgit telah menurun kepada 4.5200/5220 berbanding dolar AS daripada 4.5070/5085 sewaktu semalam.
Wakil ActivTrades menyifatkan situasi ini didorong susulan paras inflasi AS dijangka lebih tinggi kepada 8.3%. Situasi itu sekaligus menimbulkan perhatian para pelabur akan kenaikan kadar faeah yang bakal dilaksanakan Rizab Persekutuan AS kelak.
Situasi ini secara langsung telah mengukuhkan dolar AS berbanding mata wang lain termasuklah Malaysia. Malah persekitaran ini turut didorong harga minyak yang rendah.
Pada masa yang sama, Tengku Zafrul Menteri Kewangan semalam (13 September) telah memberi jaminan bahawa negara tidak akan mengalami krisis ekonomi walaupun nilai Ringgit menyusut. Ini kerana prestasi mata wang negara dijelaskan harus dilihat secara menyeluruh dan tidak tertumpu pada perbandingan dengan dolar AS sahaja.
Setakat ini unit tempatan telah meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.2153/2174, diikuti turut meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.1282/1301.