Artikel

35% Jurutera Di Malaysia Terima Gaji Permulaan Bawah RM2,000

Ternyata sekitar 35% jurutera di Malaysia didapati menerima gaji permulaan di bawah RM2,000.

Tinjauan yang dilaksanakan oleh Lembaga Jurutera Malaysia (LJM) pada perkongsian minggu ini secara langsung mengesahkan keluhan yang disuarakan oleh kumpulan jurutera negara memiliki kesahihan.

Bagaimanapun mengikut perhatian, tindakan segelintir pihak yang memaklumkan tiada perubahan pada penetapan gaji permulaan jurutera – dilihat adalah tidak tepat. Ini kerana mengikut pemerhatian bagi gaji permulaan dari tahun 2000 hingga 2021 terdapat purata kenaikan gaji tahunan bagi sektor awam dan sektor swasta berlaku dengan masing-masing 2.9% dan 2.2%.

Malah turut diperjelaskan kadar kenaikan gaji permulaan jurutera tidak diselaraskan dengan kadar inflasi Malaysia yang berada di paras 3.2%.

Walaupun begitu, LJM telah mencadangkan beberapa penambahbaikan dilaksanakan untuk kebajikan jurutera iaitu;

  • Cadangan jangka masa pendek – julat gaji permulaan jurutera perlu antara RM2,500 hingga RM3,500
  • Cadangan jangka masa panjang – penetapan gaji permulaan jurutera wajar mengambil kira kesan kenaikan kos sara hidup semasa
  • Pihak atasan perlu laksana kerangka penawaran dan permintaan buruh jurutera bersama susun atur penghasilan graduan jurutera di peringkat pendidikan
  • Proses pindaan Akta 138 diminta segerakan bagi mengukuhkan fungsi LJM
  • LJM akan pertingkatkan kempen kepentingan jurutera berdaftar bersama pihaknya
  • Insentif kewangan diberi kepada syarikat yang menggaji jurutera – bagi meningkatkan kemahiran jurutera negara
  • Kajian menyeluruh berhubung tugas jurutera bersama sokongan tekonologi tempatan harus diteliti

LJM melihat usul sedemikian wajar dipertimbangkan demi mengurangkan kesan yang didepani oleh graduan STEM (Sains, Teknologi, Jurutera dan Matematik) negara di masa hadapan.