Bermula 7 Oktober ini, para pengguna Maybank akan memperlihatkan perubahan pada akses perkhidmatan akaun Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) di aplikasi M2U MY. Ini kerana akses pengurusan akaun ASNB tersebut akan dialihkan secara kekal ke aplikasi MAE.
Langkah proaktif itu bertujuan untuk meningkatkan pengalaman perbankan mudah alih yang lebih baik buat para pengguna.
Melalui aplikasi MAE, para pengguna Maybank boleh memilih bahagian Maybank2u dan memasukan 6 digit PIN, tekan pada bahagian Wealth seterusnya dapat menyemak baki akaun ASNB yang tersedia.
Lebih menarik melalui aplikasi MAE juga, para pengguna dapat melaksanakan pengagihan simpanan ke akaun ASNB secara terus dengan mudah. Melalui pemilihan Transfer > Log Masuk Akaun anda > Pilih ASNB > Pilih akaun yang telah dilampirkan di bawah Favourites > masuk Amaun yang diinginkan pada akaun ASNB anda.
Selain menggunakan aplikasi MAE untuk pengurusan akaun ASNB, para pelanggan juga turut diberi pilihan alternatif dengan mengakses akaun ASNB anda menggunakan laman rasmi Maybank2u.
Maka untuk kemudahan pada peranti pintar, semua pelanggan ASNB digalakkan untuk memuat-turun aplikasi MAE bagi memastikan segala urusan akses dan pengagihan dana pada akaun lebih teratur serta terjamin. Segala tindakan memuat turun aplikasi MAE boleh dilakukan di App Store, Google Play, dan AppGallery.