Rentetan Malaysia telah mencapai sepakat untuk melonggarkan pemakaian pelitup muka di tempat awam – langkah itu bermakna tiada lagi pengenaan saman ke atas mana-mana individu yang tidak memakai pelitup muka di tempat terbuka.
Menurut Timbalan Menteri Kesihatan (KKM) Dr Noor Azmi Ghazali, bagi setiap pemakaian pelitup muka atau sebaliknya adalah atas faktor pilihan yang diberikan kepada masyarakat negara dalam pengumuman baharu.
Maka menjelas lanjut, kerajaan tidak lagi mengeluarkan saman di bawah Akta 342 iaitu Akta Pecegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 ke atas mana-mana individu yang memilih tidak memakai pelitup muka di kawasan terbuka.
Walaupun pilihan telah diberikan, KKM kekal menyarankan orang awam untuk terus menjaga kesihatan diri dan mengamalkan norma baharu supaya dapat memerangi penularan COVID-19 secara berterusan tanpa mengugat kesejahteraan semua pihak.
Orang awam juga diingatkan untuk kekal memakai pelitup muka di dalam pengangkutan awam dan di fasiliti kesihatan untuk mengurangkan kadar penularan.