Artikel

Pemberian Moratorium PKS Tertakluk Pada Pertimbangan Bank – Tengku Zafrul

Cadangan penawaran moratorium buat Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) ketika ini akan diteliti oleh beberapa kementerian, namun pertimbangan pemberian tersebut hanya dapat direalisasikan sekiranya pihak bank yakin akan kemampuan pembayaran balik dapat dilaksanakan.

Menurut Kementerian Kewangan melalui Menteri Tengku Zafrul, pihaknya akan terus menggalakan usaha dasar yang membantu rakyat dan mengharapkan pihak perbankan bersama Bank Negara Malaysia (BNM) terus menyokong warga PKS negara.

Buat masa ini mengikut laporan sentimen ekonomi negara sedang berkembang kukuh dan kewajaran menyokong PKS harus diutamakan. Untuk makluman PMKS menyumbang hampir 96% pada kegiatan ekonomi negara dan sekitar 50% pekerja negara adalah berkhidmat pada sektor ini.