Artikel

Aplikasi Hello Sabah Bakal Lonjakan Pendapatan Pelancongan Negeri

Sabah kini mempergiatkan usaha, meningkatkan sektor pelancongan negerinya melalui sokongan aplikasi pintar yang dikenali sebagai Hello Sabah.

Pembangunan aplikasi pintar tersebut kelak akan memberi tumpuan kepada jualan barangan dan perkhidmatan pelancongan di Sabah. Kesepakatan yang dicapai antara anak syarikat Lembaga Pelancongan Sabah bersmaa Tourplus Technology tersebut dijangka dapat meningkatkan penyertaan peniaga tempatan pada platform digital.

Selain meningkatkan jualan barangan, aplikasi tersebut juga turut menyediakan medium tempahan secara atas talian bagi kawasan pelancongan luar bandar serta pelancongan berasaskan komuniti.

Langkah ini tidak hanya mengalakkan peningkatan permintaan antarabangsa tetapi turut mengukuhkan permintaan di peringkat domestik.

Bagi peringkat awal, sekitar 100,000 peniaga tempatan dijangka akan turut serta pada sokongan aplikasi tersebut.