Artikel

FGV Jangka Bekal 90,000 Liter Susu Segar Sebulan Pada Gigi Coffee

Menjelang Disember 2022, FGV Dairy Farm melalui jenama susunya Bright Cow menyasarkan berupaya membekalkan 90,000 liter susu segar sebulan kepada rangkaian Gigi Coffee.

Pengukuhan pembekalan ini, sekaligus akan memperlihat peningkatan pengagihan susu segar dari 40,000 liter sebulan kepada 90,000 liter kelak. Dan langkah ini terus membolehkan lebih 36 cawangan Gigi Coffee diseluruh negara menggunakan susu segar di bawah Bright Cow sejak Jun lalu.

Buat pengetahuan umum, FGV Dairy Farm memiliki lebih 200 lembu dan berupaya memproses sekitar 1 juta liter susu segar pada setiap tahun.

Adanya peningkatan kerjasama ini, ia akan memberi kelebihan kepada Gigi Coffee untuk meluaskan jejak jenamanya bersama sokongan Bright Cow.