Artikel

Penggunaan ShopeePay Melonjak 9 Kali Ganda – Sempena Jualan 9.9

Shopee, antara penyedia e-dagang pilihan rakyat Malaysia kini terus meningkatkan prestasi perkhidmatan mereka pada Jualan 9.9 apabila berjaya meraih peningkatan jualan sehingga 5 kali ganda bagi penjual tempatan yang menyertai platform kali pertama.

Lonjakan ini turut memperlihatkan pembelian tinggi dalam kalangan pengguna di Lembah Klang, diikuti Johor Bahru, Kinta, Seremban, Melaka Tengah, Kuching dan Kota Bharu.

Lebih menarik, penggunaan nirtunai (tanpa tunai) melalui ShopeePay juga turut memaparkan peningkatan dengan 9 kali ganda penggunaan berbanding pembelian hari biasa. Kempen ini sekaligus telah berjaya memudahkan pembelian pengguna, di samping menggalakkan kaedah nirtunai.

Selain itu, berdasarkan sesi jualan ternyata rata-rata rakyat Malaysia masih terus melaksanakan pembelian pelitup muka meskipun kawalan sedemikian telah mula dilonggarkan oleh pihak kesihatan negara. Seterusnya produk kecantikan, kelengkapan rumah dan aksesori terus menjadi pilihan utama pengguna tempatan pada pembelian di Shopee sempena kempen 9.9 tempoh hari.