Artikel

Moratorium Khas Kepada Peniaga Kecil, Sedia Dipertimbang – PM Ismail

Malaysia sedia mempertimbangkan usul untuk memberi moratorium khas buat pemain sektor Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS).

Gambaran tindakan itu menurut Perdana Menteri Ismail Sabri akan dilaksanakan bersama Kementerian Pembangunan Keusahawanan, Koperasi serta Kementerian Kewangan (MOF).

Walaupun tidak memperincikan langkah tersebut, pertimbangan itu akan dikemaskini tidak lama lagi.

Seperti yang sedia maklum, sektor PMKS menyumbang hampir 96% pada kegiatan ekonomi negara dan hampir 50% petugas pekerja berkhidmat pada sektor ini. Maka kepentingan dalam memeilihara keperluan PMKS wajar diteliti dari semasa ke semasa.