Artikel

Selangor Tarik Balik Gelaran Dato’ Seri Milik Bekas Perdana Menteri Malaysia

Setelah mengambilkira beberapa pendekatan berhubung kes salah guna-kuasa, pecah amanah dan penggubahan wang haram melibatkan dana SRC International – menjunjung titah Sultan Selangor bersama rundingan Dewan di-Raja Selangor kini telah menarik balik Darjah Kebesaran Negeri Selangor yang telah dikurniakan sebelum ini ke atas Dato’ Sri Najib Razak.

Penarikan tersebut merangkumi Keahlian Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor Kelas Pertama yang membawa gelaran Dato’ Seri pada tahun 2004, diikuti penarikan Darjah Kebesaran Dato’ Paduka Mahkota Selangor Kelas Kedua yang membawa gelaran Dato’ pada tahun 1992.

Makluman penarikan kurniaan darjah itu telah terbatal berkuat kuasa mulai hari ini (12 September).

Menurut kenyataan rasmi penarikan status tersebut adalah selaras dengan prerogatif Baginda di bawah PErkara XXXVIII dan Perkara XXXIX Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959 sertaStatut Darjah Kebesaran yang berkaitan dan konvensi yang diamalkan di Selangor.

Pada masa yang sama, kurniaan Keahlian Darjah Seri Paduka Mahkota Selangor Kelas Pertama yang membawa gelaran kepada Datin Paduka Seri Rosmah Mansor pada tahun 2005  juga turut ditarik balik pada tempoh yang sama.