Artikel

Jepun Bakal Mengecualikan Syarat Visa Buat Pelancong Asing

Tidak lama lagi, Jepun bakal mengecualikan syarat visa ke atas pelawat serta pelancong asing, inisiatif ini adalah sebahagian daripada usaha negara melonggarkan kawalan sempadan yang sebelum ini dikuat kuasakan susulan penularan wabak COVID-19.

Menurut laporan Fuji-FNN, Perdana Menteri Fumio Kishida disasarkan akan memaklumkan keputusan pertimbangan tersebut pada minggu ini.

Adanya mengetepikan keperluan itu, ia secara langsung akan membolehkan para pelancong dan pelawat asing yang melancong ke Jepun secara bersendirian tidak perlu lagi membuat tempahan bersama agensi perlancongan.

Bagaimanapun setakat ini, masih diketahui langkah tersebut merangkumi pelancongan dari seluruh negara atau hanya tertakluk kepada negara terpilih sahaja.